Malam Raya Nurani 2011

The most anticipated night of all, the Malam Raya Nurani 2011 has finally held successfully on 2, October 2011...

Gotong Royong Memasak Bersempena Malam Raya Nurani 2011

Ribuan terima kasih kami pihak MPDN ucapkan kepada para pelajar dan penghuni Desasiswa Nurani yang sama-sama turun ke Kafe Nurani...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah dan Selamat Hari Merdeka Ke-54

Kami warga Majlis Penghuni Desasiswa Nurani ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya...

Polisi Pengeluaran Pelekat Kenderaan Pelajar Sidang Akademik 2011/2012

To all Nuranians, In coming up semester year 2011/2012, Security Department of USMKK is imposing...

August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah dan Selamat Hari Merdeka Ke-54


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua warga USM. Kami warga Majlis Penghuni Desasiswa Nurani ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Menyambut Hari Merdeka Kali Ke-54. Semoga kehadiran lebaran kali ini memberi peluang untuk kita mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga dan sahabat handai.

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

August 26, 2011

Reminder: Polisi Pengeluaran Pelekat Kenderaan Pelajar Sidang Akademik 2011/2012 (updated)

To all Nuranians,

In coming up semester year 2011/2012, Security Department of USMKK is imposing new rules. Please be reminded that registration for cars and motorcycles is a must, no registration is required for bicycle. Unregistered vehicles may be fined or banned from getting into campus by the security personnels.

All students are allowed to bring motorcycles or bicycles. Only 4th and 5th year students are allowed to bring cars into the campus without reasons, yet 1st, 2nd and 3rd year students can applied with terms and conditions (such as medical reason and others) applied.

If the registration of the vehicle is not under your name (i.e. under your parent's name), you will need an authorization letter from your parent whose name is written in the vehicle registration.

You are advised to complete the form with all the necessary documents ready to ensure smooth application process.

Please click below link to download the application form. You can leave your email address in our facebook group if you are unable to download the application form.

Updated: Borang Memohon Pelekat Kenderaan (Pelajar)
Download (69KB).

Should you have any enquiries, please do not hesitate to call Security Department 09-7675999

August 25, 2011

Jaga Keselamatan, Perogol Bersiri Berbahaya Sekitar Kota Bharu

MAZLAN Lazim menunjukkan gambar suspek yang disyaki perogol bersiri sewaktu membuat kenyataan akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki terbabit sering menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya.

Menurut beliau, perogol bersiri berusia antara 20 hingga 30 tahun itu aktif melakukan jenayah itu sejak tahun lalu di negeri ini.

“Dalam kes terbaru di Tanah Merah, suspek dikatakan memecah masuk asrama mangsa, mengikat tangan dan mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa.

“Polis berjaya mengesan identiti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran asrama tersebut dan kita sedang berusaha memburunya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama tersebut.

Berdasarkan modus operandi yang sama, katanya, polis percaya semua kes ini dilakukan oleh orang yang sama.

Kes ini tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Nor Hafizah Nor Hamid di talian 017-6900714.

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

Para pelajar sekalian dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan masing-masing untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, anda dinasihatkan agar:
  1. Menjaga cara berpakaian, elakkan dari mendedahkan tubuh badan anda.
  2. Jangan bersendirian, sentiasa berteman bila pergi ke mana-mana sahaja.
  3. Sentiasa berwaspada atau "alert" terhadap segala perkara yang ganjil berlaku di sekitar anda.
  4. Yang penting, sentiasa memberitahu ibu bapa ke mana saja anda pergi agar mereka tidak risau dan sentiasa menasihati anda untuk apa jua perkara.

Sama-sama kita doakan agar dijauhi perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Insya Allah.